SATU FAMILY SAMBUT NEW YEAR DI INDONESIA .
31 Disember 2013 - 02 Januari 2014
We recently spent 3 days in Bandung-Jakarta and here are our impressions. The two volcanoes are wonderful. Tangkuban perahu is great, but Kawah putih is sublime. The drive to TPerahu is beautiful, with views of wonderful plantations and lots of places to stop to eat and take in the views, so plan for that.
3 HARI 2 MALAM BANDUNG - JAKARTA,INDONESIA
SELASA 31 Disember 2013 - Kuala Lumpur - Jakarta
Depart from LCCT Kuala Lumpur flight to Soekarno–Hatta International Airport,Jakarta.
Arrival Soekarno–Hatta International Airport,Jakarta.
Berhenti makan at R&R - Restoran Sederhana Masakan Padang
Arrival Bandung - Malam shopping di sekitar Bandung
Rabu 01 Januari 2014 - Gunung Berapi Tangkuban Perahu
Jika anda ingin mengetahui suasana berada di sebuah gunung berapi, anda wajib pergi ke gunung Tangkuban Perahu.
Terletak 30 km (90 minit) dari pusat bandar Bandung, gunung berapi yang masih hidup tetapi kurang aktif ini merupakan antara tarikan alam paling popular di kota ini.
Kali terakhir meletus kecil pada 2013, gunung setinggi 2000 meter ini adalah satu-satunya gunung berapi di Indonesia yang mana anda boleh hampir sehingga ke kawah gunung berapi samada dengan berjalan kaki atau berkenderaan.
Harga Tiket/ Pemandu
Harga Pemandu :Rp250000 (~RM75) (tidak wajib)
Tiket : Rp50000 (~RM15)
Parking Kenderaan: dari Rp5000 (~RM1.5)
Tiket : Rp50000 (~RM15)
Parking Kenderaan: dari Rp5000 (~RM1.5)
Waktu Operasi
Setiap Hari: 7 pg – 5 ptg
Tauhu Goreng Tangkuban Perahu
Pasar Baru Bandung , Syurga Wanita
Jika anda biasa menghabiskan masa sekitar 3 – 4 jam di pusat beli belah, di Pasar Baru yang dipenuhi segala macam barangan tekstil ini, anda perlu meluangkan masa sehari suntuk atau lebih jika ingin melihat pelbagai baju sulam, kain sulam, jubah, batik dan beg beraneka jenama dan gaya. Harga yang dijual di sini boleh jadi serendah 1/4 dari harga barangan sama yang dijual di Malaysia.
Pasar Baru Bandung adalah pasar tertua di kota ini dan merupakan lokasi pusat beli belah wajib pergi untuk mereka yang mahu berbelanja sakan atau di kota Paris Jawa ini.
Antara yang sering menjadi tumpuan pelancong wanita Malaysia di Pasar Baru ini ialah telekung bersulam, kain ela dan kain lace yang harganya lebih murah dari di Malaysia.
Oleh kerana terlalu ramai rakyat Malaysia yang berkunjung di sini untuk persediaan perkahwinan, jangan terkejut kalau penjual anda memberi harga dari ringgit Malaysia dan bukannya rupiah. Penjual begini lazimnya menerima ringgit, sekaligus menjimatkan masa anda dari mengira kadar tukaran wang.
(Nota: Harga kain yg ditunjuk di atas adalah 25000 (~RM7.5) se meter dan 15000 (~RM4.5) se meter)
Jalan Dago , Factory Outlet Terbanyak Bandung
Tidak sah ke Bandung jika anda tidak ke Jalan Dago — satu kawasan di utara Bandung yang mempunyai kedai Factory Outlet terbanyak di kota ini.
Juga dikenali sebagai taman budaya kerana mempunyai 2 teater, Jalan Dago popular kerana ia mempunyai hampir 10 Factory Outlet yang memang tidak akan dapat habis dilawati dalam masa sehari. Di sini anda bakal berjumpa dengan pakaian dari jenama Gucci, DKNY dan Gap untuk wanita serta Nike dan Timberland untuk lelaki.
Antara outlet FOS yang terkenal di sini adalah Donatello, Blossom dan JetSet yang menawarkan pelbagai jenis pakaian moden yang dikatakan lebihan eksport yang dijual dengan harga lebih murah dari di pasaran.
Ayam Penyet Surabaya , Bandung
Makan malam ayam penyet .memang sedap dan pedas .
Menawarkan menu istimewa dengan keunggulan di cita rasa ayam penyet dengan bumbu turun-temurun .
Celebrating New Year's Eve Konsert , Bandung
Makan malam ayam penyet .memang sedap dan pedas .
Menawarkan menu istimewa dengan keunggulan di cita rasa ayam penyet dengan bumbu turun-temurun .
"Ayam Penyet Suroboyo ini terkenal dengan kenikmatan dan kelezatannya sehingga banyak orang yang suka"
Siap bungkus 2set bawak balik hotel. |
Khamis 02 Januari 2014 -
Monumen Menara (MONAS) ,Jakarta
Departure - arrive Home
Monumen Menara (MONAS) ,Jakarta
Depart from Soekarno–Hatta International Airport,Jakarta flight to LCCT ,Kuala Lumpur .
Masjid Terbesar Asia Tenggara
Bandung
Masjid Istiqlal adalah masjid negara Republik Indonesia yang terletak di pusat ibukota Jakarta. Masjid Istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara .
Makanan Di Bandung
Saya nak share gambar gambar makan sepanjang berada di bandung .
To Be Continued ..